Catatan Seorang Pengembara: inovasi

Catatan seorang pengembara yang akan membincangkan mengenai inovasi, teknologi dan perihal sosio-ekonomi masyarakat Malaysia.

Wednesday, February 02, 2005

Passive Design 2

Di dalam seminar ini juga, beberapa pembentang kertas kerja telah membentangkan hasil kajian mereka juga yang berbentuk teori dan praktikal.

Sebagai contoh seorang Prof. dari USM telah membentangkan hasil kajiannya yang telah ditukar ke bentuk fizikal, iaitu kipas angin yang telah direkabentuk sedemikian rupa untuk memaksimakan penggunaannya di tempat menunggu bas.

Ini adalah antara bentuk rekacipta pasif (passive design) yang menggunakan alat bantu yang sedikit. Dalam hal kipas angin itu, kajian menunjukkan ia menggunakan kuasa elektrik yang minimum untuk memaksiumkan penggunaannya di tempat menunggu bas di USM Pulau Pinang, yang terkenal dengan kepanasan (kerana bentuk geografi pulau, dan sudah tentu tempat menunggu bas di Malaysia rata-ratanya panas).

Wednesday, November 24, 2004

Passive Design 1

Seperti yang saya catatkan di dalam catatan saya di kembara siber, saya telah mengikuti satu seminar yang bertajuk Passive Design Considerations in the Built Environment, pada hari Isnin dan Selasa yang lepas.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu Passive Design (malah saya sendiri tidak pernah menyedarinya, sehinggalah saya menghadiri seminar tersebut). Di sini, saya tuliskan semula definisi Passive Design yang saya ambil daripada salah satu kertas kerja dari seminar tersebut, dari Norwina dan Srazali (2004):

As defined in the "Good Residential Design Guide - Your Home - Technical Manual - 1_0, Passive Design Introduction. htm", Passive Design is design that does not require mechanical heating or cooling. The design takes advantages of natural energy flows to maintain thermal comfort. The principle of passive design includes the following:

  1. Significantly improves comfort
  2. Reduces or eliminates heating and cooling bills
  3. Reduces greenhouse gas emissions from heating, cooling, mechanical ventilation and lighting

Secara ringkasnya, Passive Design adalah salah-satu kaedah merekabentuk rumah/bangunan yang 'mesra alam' di mana mengurangkan kebergantungan bangunan tersebut terhadap alat-alat mekanikal seperti penghawa dingin, lampu dan sebagainya. Sebaliknya, bangunan tersebut perlu menggunakan alam itu sendiri sebagai pelengkap kepada bangunan itu, misalnya menggunakan cahaya matahari sebagai ganti kepada elektrik.

Sepanjang seminar tersebut, banyak kajian yang telah dilakukan dengan mengambilkira inovasi sebagai alatnya. Insya Allah, akan saya huraikan satu persatu tentang apa yang saya kira sebagai inovasi di dalam kajian-kajian tersebut.

Wednesday, November 10, 2004

Malaysian Invention & Design Society

Mungkin kita boleh mendaftar diri sebagai salah-seorang ahli Malaysian Invention & Design Society.

Sila lawat laman web rasminya di http://www.minds.org.my

SELAMAT HARI RAYA

Friday, October 29, 2004

Jenis-jenis inovasi

Pada catatan yang lepas, saya ada bicarakan mengenai jenis-jenis inovasi, iaitu inovasi teknologi dan inovasi kemanusiaan. Di sini, saya catatkan semula huraian inovasi daripada tesis saya:

Innovation can be classified into two major types, i.e. technological innovation and procedural innovation. Technological innovation means that innovators create technology through innovation process, for example new type of waste bin. Through the technological innovation, innovators can help to manage waste by innovating and designing 'durable product which are refillable, reusable and recyclable' (Mohamed Zairi, 1996). Meanwhile procedural innovation is where innovators create new management using innovation, for example new procedure of how to treat waste paper.
(Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim (2004), Innovations for the improvement of the waste paper management in commercial buildings. Master dissertation. Heriot-Watt University, UK)

Thursday, October 28, 2004

Huraian definisi

Semalam langsung tak berkesempatan untuk menulis. Sibuk dengan pelbagai urusan yang perlu diselesaikan.

Bersambung bicara tentang definisi inovasi. Apa yang saya faham daripada pembacaan dan sedikit kajian ringkas mengenai inovasi ialah inovasi adalah merekacipta sesuatu yang baru. Baru dalam ertikata memang benda yang baru, ataupun memperbaharui objek yang lama.

Misalnya, merekacipta komputer, yang sebelum ini ia tidak pernah wujud. Tetapi sekarang, inovasi masih lagi wujud dalam industri perkomputeran. Inovasi untuk memperbaharui teknologi komputer. Sekiranya dahulu komputer adalah begitu besar, tetapi kini ia semakin kecil dan ringan. Ini juga adalah satu bentuk inovasi.

Bersambung lagi....

Tuesday, October 26, 2004

Definisi inovasi

26 Oktober 2004

Seperti yang dijanjikan semalam, saya akan menulis dengan lebih terperinci mengenai konsep, teori dan aplikasi inovasi dalam setiap isu yang bakal saya ketengahkan. Sebagai permulaan, ada baiknya saya memperjelaskan mengenai INOVASI.

Saya mula berminat dengan inovasi sejak beberapa tahun yang lalu, iaitu ketika saya mencari makna akal, hati dan nafsu. Malah, membawa saya terus mengembara dalam alam ilmu hingga ke Scotland. Di sana, saya telah membuat jurusan Pengurusan Kemudahan (Facilities Management), dan telah berjaya menyiapkan satu kajian bertajuk ‘Innovations for the improvement of the Waste Paper Management in the Commercial Buildings’.

Di sini, saya pastekan sedutan daripada definisi inovasi dari kajian saya yang lepas:

Innovation is about change, as stated by QA Research:

Innovation is, of course, about change – but about evolution as much as revolution, and certainly about much more than just new product development.
(QA Research, 1997: vii)

For the organisation to improve their performance in the industry, they need to change. The changing will not be only in marketing strategies, but it can be from various perspectives.

To change, the organisation needs to have a clear picture of how to do it. Innovation is one of the solutions. To innovate, the organisation needs to be creative. And to be creative, the organisation needs to learn. Thus, the learning process is important in promoting innovation in any organisation.

Innovation creates noble ideas, means new ideas that haven’t being tried before (Ibid). But as QA Research (1997) shows in their research:

If it is internally innovative it may not be externally innovative – then it is just catching up. So for us when we see the competitor has done a certain thing, we will then do it. In that case we are being innovate compared with our previous work factors. But we are not necessarily being innovative in terms of the customers. If we do something that is good, our competitors will copy us as they should do. In that case we have got to do something else to get a competitive edge. So actually it has got to be a continuous process.
(QA Research, 1997: 17)

From the statement above, innovation can be seen as creating new ideas to improve the internal operation. To create noble ideas, innovators can get from various sources. One of them is by imitating from others, but at the same time, innovators need to change the ideas to suit with the internal environment in their organisation.

An innovation is the effective generation and implementation of a new idea which enhances overall organisational performance.
(Barret, P. and Sexton, M., 1998: 2)

Sambung lagi, Insya Allah.

Monday, October 25, 2004

Lebuhraya 6

Bersambung dari Jumaat:

Ini adalah kali keempat saya menulis untuk catatan yang sama. Entah mengapa, terhilang semua catatan yang saya cuba uploadkan untuk hari ini. Mungkin salah saya juga kerana tidak membuat backup (dan mungkin satu hari nanti, akan saya bicarakan mengenai Business Continuity Plan – BCP – yang merupakan sistem backup bagi syarikat-syarikat besar di dunia). Maka sudah tentu idea asal penulisan saya hari ini telah berubah beberapa kali dengan tambahan dan pengurangan idea. Tapi, akan saya cuba juga sekali lagi.

Seminggu yang lepas telah saya bicarakan mengenai lebuhraya dan jalanraya kita. Mungkin banyak lagi isu yang belum saya kupaskan. Cukuplah setakat itu, kerana niat saya adalah untuk memperlihatkan tentang peripentingnya inovasi.

Sebaga rumusannya, inovasi tidak seharusnya bergantung 100% pada inovasi teknologi. Malah seharusnya, perlu juga dititikberatkan tentang hal-hal kemanusiaan. Inovasi kemanusiaan, iaitu dalam bentuk sosial, ekonomi, perundangan, politik, budaya dan sebagainya, juga perlu diambilkira.

Misalnya, mungkin lebuhraya kita adalah antara yang terbaik di dunia. Malah kita boleh menambahkan inovasi teknologi padanya, misalnya dengan meletakkan CCTV, sistem keselamatan yang canggih dan sebagainya. Tetapi, jika masyarakat kita tidak dididik dan dibudayakan dengan budaya murni, maka ia tidak akan menghasilkan yang terbaik pada teknologi tersebut.

Maka dengan ini, mulai esok dan seterusnya, saya akan menulis dengan lebih mendalam mengenai teori dan aplikasi pemikiran inovatif. Tetapi, mungkin ruang ilmu saya tidak begitu luas dan banyak, maka saya amat mengharapkan sebarang komen yang membina. Semoga ia akan menjadi satu platform perbincangan yang sihat, Insya Allah.

Sehingga bertemu lagi (dan harap-harapnya catatan ini dapat diuploadkan dengan jayanya). Insya Allah.